Untuk pengetahuan anda kami akan bercuti dari 9hb September ke 14hb September pada perayaan Aidilfitri yang akan datang. Oleh demikian, jikalau saudari dan saudara ada pertanyaan mengenai status Rumah Burung Walet sila hubungi kami pada 15hb September 2010. Selepas kami pulang dari cuti perayaan.
Kami ingin mengucapkan kepada muslimi dan musliman Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Berpuasa.
Doda³: egkhor pada August 18 2010 09:20:03
0 komen · 11 Dibaca
·
Rumah Anak Kesayanganku
Rumah Anak Kesayanganku (RAK) ialah sebuah rumah kebajikan yang baru dibuka pada Januari 2007 bersamaan dengan bulan Muharam 1428 yang menempatkan seramai 40 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. Untuk menghulurkan bantuan anda sila hubungi RAK.
ALAMAT
Pejabat dan Kelas Pengajian RAK :
No 23A, Jalan Inai 2, Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Asrama Anak Yatim Lelaki :
No. 24, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Asrama Anak Yatim Perempuan :
No. 7, Jln Anggerik 4B, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Taska Anak Yatim dan Ibu Tunggal :
No. 17, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Laman Web Rasmi: http://anakkesayanganku.blogspot.com
Doda³: egkhor pada September 01 2010 09:41:42
0 komen · 5 Dibaca
·
Pejabat Setiausaha Syarikat Aeroswift
W.R.C Secretarial Services
Np.1559 (2nd Floor), Jalan Kota,
PO Box 106,
05710 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Malaysia
Doda³: egkhor pada July 03 2010 12:23:39
0 komen · 20 Dibaca
·
Rumah Burung Walet yang paling kecil dalam sejarah penternakan burung walet untuk mendapat sarangnya
Latar belakang video ini. Ia ditangkap dari Rumah Burung Walet yang hanya bersaiz 15'x15'x8'. Anak burung walet yang dimantapkan dengan menggunakan kaedah penentasan dalam video ini hanya berusia 8 bulan tetapi mereka sudah mula membina sarang dalam rumah tersebut.
Doda³: egkhor pada June 24 2010 09:41:46
0 komen · 23 Dibaca
·
Perkembangan terkini Projek RBW 7,8,9 Sungai Tengas
Gambar menunjukan pembinaan dinding 1/2tingkat yang terakhir bagi RBW7,8&9 di Sungai tengas
Pemandangan atas pembinaan dinding tersebut.
Pemandangan dari sangkar RBW1-6
Pemandangan dari tangga ke sangkar RBW1-6
Doda³: egkhor pada May 25 2010 15:43:57
0 komen · 36 Dibaca
·
Pengenalan Aeroswift dalam Mode Video
Nikmati klip video 35mins yang dibawa oleh Aeroswift.net
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Bahagian Ketiga
Bahagian Keempat
Maklumat yang dibekalkan dalam video ini adalah hanya bertujuan mempromosikan syarikat kami dan kami berhak untuk menyoal mana-mana pihak yang menyalahgunakan video ini untuk tujuan promosi yang lain atau untuk kepentingan sendiri
Doda³: egkhor pada May 21 2010 13:20:31
0 komen · 62 Dibaca
·
Rombongan Pegawai Jabatan Veterinar ke Indonesia Bersama dengan CEO En. Sani
Pada 25haribulan Februari 2010 yang lalu, CEO En.Sani telah membawa seramai 12orang pegawai dari Jabatan Veterinar ke Surabaya, Indonesia untuk rombongan sambil belajar. Kita dapat lihat bagaimana rombongan tersebut menikmati peluang untuk memberi makanan kepada anak burung walet yang masih dalam keadaan separuh matang.
Pegawai sedang memberi makanan kepada anak burung walet
Pegawai tertinggi dalam Jabatan Veterinar sedang memberi sepenuh tumpuan dalam kerja beliau
Seisi gambar bersama CEO En. Sani berada ditengah-tengah gambar
Doda³: egkhor pada April 29 2010 16:11:12
0 komen · 39 Dibaca
·
Perkembangan terkini di Projek Paya Jalas, kerjasama dengan Jabatan Veterinan.
Projek yang menelan sebanyak RM3.5juta itu kini berjalan dengan lancar. Pembukaan tanah bermula pada awal bulan ini dan process pembinaan sedang kiat dijalankan. Dijangka keseluruhan projek akan selesai pada hujung tahun ini. Ini adalah sebuah projek kerjasama dengan Jabatan Veterinar ia merupakan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan industri burung walit yang pertama di Dunia. Terdapat 3 buah rumah burung walet yang bersaiz 60x20x3 tingkat, 40x20, 20x20, rumah asrama untuk penginapan para penyelidik, rumah serangga, makmal dan lain-lain bangunan sokongan.
Gambar berikut diambil pada 25th April 2010
Doda³: egkhor pada April 29 2010 12:51:33
0 komen · 43 Dibaca
·
MOHD KAMAL SUYUD (Agent Jualan yang dilantik oleh Syarikat)
Tel: 017-882-2364
http://www.kamalswift.com/blog/
* Sila ambil perhatian bahawa syarikat kami tidak mengambil agent jualan dan perunding pemasaran selain dari senarai seperti tertera diatas.*
Doda³: egkhor pada April 28 2010 14:42:04
0 komen · 93 Dibaca
·
Kerjasama Dengan Jabatan Veterinar
09 Mac 2010 - , ACSB kini telah berkerjasama dengan Jabatan Perkhidatan Veterinar untuk membina Pusat Penyelidikan di Paya Jaras, Selangor. Pusat ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan burung walet di Malaysia.
Doda³: Webmaster pada March 09 2010 14:20:34
0 komen · 75 Dibaca
·
Aeroswift majukan pusat ternakan burung walit RM4.5 juta
KULIM 17 Ogos 2009 – Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. (Aeroswift), syarikat perunding bumiputera, melaburkan RM4.5 juta bagi meneroka industri ternakan burung layang-layang atau walit secara komersial di Kampung Sungai Tengas, dekat sini.
Pengarah Eksekutif Aeroswift, Khairil Sani Wong Abdullah berkata, projek itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (Pushpiam).
“Projek itu membabitkan pembinaan sembilan unit rumah burung walit dengan pembabitan ahli-ahli Pushpiam dengan harga RM359,000.
“Apabila siap kelak, setiap rumah itu mampu memuatkan kira-kira 8,000 ekor dan menjana pulangan kepada peserta sebanyak RM120,000 sebulan,” katanya selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukriz Mahathir di sini kelmarin.
Menurut Khairil Sani, projek ternakan berkenaan menggunakan teknologi Indonesia yang mana kesemua burung walit akan dipelihara bermula peringkat penetasan telur.
Jelasnya, burung walit yang dipelihara di tempat lain menggunakan kaedah semula jadi iaitu mendirikan rumah atau tempat perlindungan dan ditambah dengan sistem audio serta membiarkan burung membuat sarang.
“Bagaimanapun, projek di Sungai Tengas ini agak unik kerana kita akan tetas sendiri telur burung walit dan pelihara sehingga besar.
“Apabila membesar, ia akan dilepaskan ke dalam sangkar lebih besar sebelum dapat mengeluarkan sarang yang boleh dikawal selia kualitinya,” katanya.
Beliau memberitahu, projek tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada 108 ahli Pushpiam yang rata-ratanya terdiri daripada kaum bumiputera.
“Projek itu berpotensi besar kerana hasilnya begitu lumayan iaitu sekitar RM5,000 hingga RM7,000 bagi setiap kilogram sarang Gred Super A,” katanya.
Tambah Khairil Sani, kesemua hasil sarang burung tersebut akan dieksport ke China menerusi rakan kongsinya, Forevery Swallow Health Ltd.
Sementara itu, Mukhriz berkata, industri ternakan burung walit berpotensi untuk dibangunkan memandangkan ia mempunyai nilai dagangan besar iaitu sekitar RM500 juta setahun.
“Permintaan kepada sarang burung ini juga didapati meningkat sejak kebelakangan ini khususnya bagi pasaran Eropah dan China,” katanya.
Sehubungan itu, katanya para usahawan perlu merebut peluang keemasan itu dan kerajaan khususnya MITI bersedia membantu dengan menyediakan modal serta kemudahan meluaskan pasaran.
Doda³: Webmaster pada January 13 2010 12:13:07
0 komen · 135 Dibaca
·